RedditincReddit Contributor Monetization Policy_Logo_About Page@2x

Dasar Hasil Reddit

Berkuat kuasa 24 September 2024. Kali Terakhir Disemak 24 September 2024

Program Pendapatan Reddit membolehkan penerima hasil yang layak menerima bayaran tunai bagi aktiviti yang layak di Reddit. Untuk memperoleh wang tunai, anda mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti yang diperincikan dalam Terma Hasil dan Dasar Hasil ini.

Seperti semua kandungan di Reddit, kandungan yang boleh dijana hasil juga tertakluk pada Perjanjian Pengguna Reddit dan Peraturan Reddit. Kami akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap kandungan yang melanggar peraturan Reddit, serta menahan sebarang hasil daripada kandungan yang melanggar Peraturan Reddit, Dasar Hasil ini, atau Terma Hasil.

Penerima Hasil yang Layak

Untuk akaun anda layak sebagai penerima hasil dalam Program Pendapatan, Reddit menetapkan bahawa:

Kandungan Tidak Layak

Kami berhasrat untuk memberi ganjaran kepada ahli komuniti atas sumbangan berkualiti tinggi mereka di seluruh Reddit dengan membolehkan penerima hasil yang layak menjana pendapatan melalui pelbagai bentuk kandungan, termasuk aplikasi Devvit yang layak.

Semua kandungan di Reddit mestilah mematuhi Peraturan Reddit dan Perjanjian Pengguna Reddit (iaitu peraturan kami). Jika kandungan oleh penerima hasil yang layak diberikan anugerah dan mematuhi peraturan kami, mereka mungkin layak untuk menerima bayaran sebagai sebahagian daripada Program Pendapatan.

Walau bagaimanapun, sesetengah topik tidak layak untuk menerima bayaran wang walaupun kandungannya dibenarkan di platform. Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam terma Program Pendapatan yang berkaitan, Reddit tidak akan memberikan pampasan bagi mana-mana kandungan yang, sama ada ketika disiarkan atau sebelum bayaran dibuat:

  • Disiarkan dalam komuniti yang dikuarantin

  • Ditandakan sebagai Kandungan Matang ("18+") atau disiarkan dalam komuniti yang ditandakan sebagai 18+
    • Nota: Aplikasi Devvit yang dipasang dalam komuniti kandungan matang mungkin layak menjana hasil jika aplikasi Devvit tersebut (termasuk kandungan dan barangan Devvit) memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Dasar Hasil dan Terma Hasil ini.

  • Mengandungi unsur seksual secara eksplisit atau tidak senonoh, termasuk kebogelan, aktiviti seksual secara eksplisit atau tersirat, item seksual, hiburan seksual atau perkhidmatan seksual. Hal ini turut merangkumi kandungan digital atau animasi yang berunsur seksual atau tidak senonoh, serta pautan yang mengarah kepada kandungan seksual.
    • Kami mungkin mempertimbangkan pengecualian untuk kandungan berkaitan kebogelan tidak seksual (cth., penyusuan bayi, pendidikan kesihatan seksual, atau penyelidikan akademik).

  • Memaparkan atau menggalakkan keganasan, kematian, kecederaan fizikal yang teruk, atau kandungan berdarah, termasuk rakaman grafik berkenaan peperangan atau konflik ketenteraan.
    • Pengecualian: Larangan ini tidak terpakai terhadap kandungan yang memaparkan sukan tempur profesional, hiburan fiksyen, kandungan animasi atau digital (cth., permainan video), atau dalam sesetengah kes, kandungan yang bernilai berita.

  • Menggalakkan penggunaan kategori barangan atau perkhidmatan berikut:
    • Dadah (rekreasi, preskripsi atau tanpa preskripsi), alkohol, tembakau atau mana-mana bahan terkawal lain.

    • Senjata api, bahagian senjata api, aksesori, peluru dan bahan letupan

    • Perkhidmatan perjudian atau loteri, termasuk tawaran untuk menyertai peraduan, cabutan bertuah atau undian berhadiah.

  • Meminta, menggalakkan atau menawarkan:
    • Perkhidmatan, program atau keahlian berkaitan penjanaan wang/kripto yang bersifat menipu (cth., skim “cepat kaya”)

    • Pembayaran atau sumbangan kepada tujuan amal atau politik, kempen atau organisasi

    • Penglibatan diri dalam tingkah laku yang menyalahi undang-undang atau berbahaya/merosakkan.

Penguatkuasaan

Untuk memperoleh wang tunai melalui Program Pendapatan, anda mestilah kekal mematuhi syarat yang berkenaan, seperti yang dinyatakan di atas serta dalam Terma Hasil.

Jika Reddit mendapati bahawa anda tidak lagi memenuhi syarat kelayakan untuk menjadi penerima hasil, anda tidak lagi dapat menyertai Program Pendapatan, dan keupayaan anda untuk menjana pendapatan di Reddit akan digantung atau dialih keluar secara kekal. Perkara ini mungkin menjejaskan hasil akan datang dan hasil terdahulu yang belum dibayar, bergantung pada masa anda tidak lagi memenuhi syarat kelayakan.

Bagi sebarang sumbangan, aplikasi Devvit atau aktiviti lain yang didapati melanggar syarat kelayakan hasil program berkenaan, kami akan menahan bayaran hasil dan mungkin mengambil tindakan penguatkuasaan tambahan yang difikirkan wajar, jika berkenaan. Selain itu, jika anda berulang kali melanggar mana-mana syarat program, kami mungkin mempertimbangkan untuk menamatkan penyertaan anda dalam mana-mana Program Pendapatan, sama ada secara sementara atau kekal. Bagi pelanggaran serius terhadap mana-mana syarat program (cth., menganugerahi diri anda sejumlah besar anugerah atau emas secara mencurigakan), kami mungkin mempertimbangkan untuk menamatkan penyertaan anda dalam program tersebut dengan serta-merta.